-->

Saya hanya enjoy nama pun konsert kan? Wanita pertahan tindakannya menari di tangga program Big Stage

Minggu lalu tular video menunjukkan seorang penonton wanita bertudung giat menari di tangga tempat duduk penonton, di program Big Stage 2023.

Aksi wanita itu mengundang kecaman ramai yang menganggap perbuatannya itu bukan sahaja tidak wajar, malah mencalarkan imej wanita bertudung, termasuk maruah dirinya.

Enggan berdiam diri, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nur Afrina Mohktar tampil mendedahkan dia adalah adik kepada salah seorang peserta program tersebut, iaitu Aufa Hanie. Malah turut memberi penjelasan mengenai tindakannya itu.

Terkejut video menarinya viral

“Saya terkejutlah juga. Yang datang MBSA pun tahu memang dari minggu lagi benda ini before start live ke, commercial break ke memang production manager akan buka lagu dan penonton di atas itu akan enjoy, sebab kita pun dekat konsert kan.

“Nak meraihkan suasana dekat konsert Big Stage tu. So kita boleh hype nanti, semua singer nak perform. Kita dah hype, tak lemau bila mereka menyanyi.

“So saya rasa benda itu normal. Kalau mereka yang selalu datang MBSA, mereka akan faham. Jadi bila dah viral, saya terkejut. Tapi saya tak terkejut saya dikecam,” katanya.

Tak menari di tangga, tetap akan perform di stage

Nur Afrina mengakui dia ada membaca sesetengah komen netizen yang mengecamnya di media sosial. Bagaimanapun dia enggan peduli komen yang negatif dan hanya menerima teguran yang baik daripada netizen dengan hati yang terbuka.

“Saya akur dengan kesilapan saya yang mana saya melebihi batas dan sebagainya. Bagi saya, saya hanyalah enjoy. Nama pun konsert kan. Lainlah kalau saya datang ke majlis ceramah, lainlah kalau saya buat macam tu kan. Itu saya tahu, saya dah melebih-lebih.

“Kalau saya tak menari di tangga itu pun, saya tetap akan perform di stage, sebab saya merupakan seorang dancer. Saya freelance dancer dan pernah menjadi backup dancer untuk Big Stage,” jelasnya.

Ditanya mengenai tindakannya melompat di belakang lelaki berbadan besar, Nur Afrina mengakui dia telah melebihi batasan. Dan lelaki itu hanyalah rakannya yang dikenali di program tersebut sejak dari minggu awal lagi.

Tambah Nur Afrina lagi, keluarganya turut memberi teguran mengenai insiden itu. Tetapi dia tetap menganggap tindakannya menari di tangga itu adalah normal bagi dirinya sebagai seorang penari.

Walaupun begitu, Nur Afrina berkata dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu lagi dan memohon maaf kepada mana-mana pihak yang berasa kurang selesa dengan tindakannya.

Di akhir temubual bersama mStar Online, Nur Afrina berkata dia sebenarnya tidak terkesan dengan penularan video itu dan kecaman netizen kerana sebelum ini dia pernah mengalami situasi yang sama.

Nur Afrina meminta netizen tidak memperbesar-besarkan isu tersebut dan mengakui dirinya hanyalah seorang manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Sumber: mStar Online

The post ‘Saya hanya enjoy, nama pun konsert kan?’ – Wanita pertahan tindakannya menari di tangga program Big Stage appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar