-->

2 pelajar senior ditahan untuk siasatan dakwaan buli remaja 14 tahun sehingga trauma

Minggu lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mencekik adik lelakinya berusia 9 tahun sehingga meninggal dunia, dalam kejadian di kediaman mereka di Bukit Piatu.

Menurut laporan media, remaja itu dikatakan berubah sikap setelah menjadi mangsa buli dua pelajar lelaki berusia 16 tahun, sejak tahun lalu. Hal itu menyebabkan mangsa mengalami trauma dan sering meracau.

Menurut bapanya, Najli Yakob, 42, berkata, anak sulungnya itu pernah dicekik dan disimbah dengan air semasa tidur. Malah, dia juga pernah ditumbuk, disepak menggunakan kasut but semasa tinggal di asrama.

Selain itu, Najli dan isterinya pernah dicekik oleh anak sulungnya itu yang dipercayai trauma.

Ekoran daripada kejadian itu, polis telah menahan dua remaja lelaki yang dipercayai berkaitan dengan kes buli tersebut, untuk diambil keterangan.

Keterangan daripada dua remaja itu telah diambil dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja lelaki mencekik adiknya sehingga tidak bernyawa. Perkara itu disedari oleh ibu mereka yang kebetulan memeriksa rakaman kamera litar tertutup, lalu meminta bantuan jiran mereka.

Sumber: Harian Metro

The post 2 pelajar senior ditahan untuk siasatan dakwaan buli remaja 14 tahun sehingga trauma appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar