-->

Saya bukan berbikini Yasmin Hani tak ambil pusing dengan kecaman netizen

Baru-baru ini pelakon Yasmin Hani menarik perhatian ramai gara-gara memuat naik gambar dirinya memakai pakaian renang berwarna ungu bersama seluar pendek yang tidak berkancing.

Rata-rata netizen mengecam aktress berusia 40-an itu.

Tidak terus melatah dengan kecaman itu, Yasmin bagaimanapun enggan mengambil pusing dengan kritikan serta kutukan dilemparkan. Ujanrya lagi, dia tidak boleh menutup mulut orang untuk bercakap mengenainya.

Tak boleh tutup mulut orang

“Kalau kita kisah dengan apa orang cakap, kita tak boleh hidup. Paling penting, keluarga dan orang sekeliling kita okay, kita tahu apa yang kita buat dan it’s fine. Apa sahaja yang kita buat, orang tetap akan mengata. Kita tak boleh nak tutup mulut orang lain

“Kalau mereka nampak benda baik… maka baiklah jadinya tapi kalau pilih untuk lihat sesuatu perkara itu negatif, tak baiklah jadinya,” katanya.

Menurut Yasmin lagi, dia sudah faham dengan asam garam kehidupan dalam industri seni serta dia masih tahu batas dalam berpakaian.

“Sebenarnya sejak dulu orang bercakap fasal ini. Saya dah lama dalam industri dan sudah terbiasa berdepan situasi seperti ini.

“Saya pun bukan berbikini… Kalau pakai baju renang pun saya tetap pakai seluar. Bagi saya ini benda biasa sebab pakaian harian saya kalau di rumah pun berseluar pendek.

“Sesetengah orang ada pakai tudung tapi nampak leher. Ada pula pakai tudung tapi baju ketat nampak juga bentuk badan. “Jadi setiap orang ada limit masing-masing,” katanya.

Yasmin Hani boleh terima teguran tetapi…

Dalam pada itu, Yasmin berkata dia terbuka menerima teguran namun biarlah menegur secara baik dan bukan secara memaki hamun.

“Saya ada nampak komen-komen negatif di media sosial tapi bagi saya kalau nak menegur biar dengan cara baik. Ada saja yang DM saya tegur dengan baik dan saya balas mengucapkan terima kasih, siap beri emoji love lagi… Saya hargai teguran mereka.

“Saya hanya mahu hidup saya dikelilingi dengan perkara positif. Siapa yang komen negatif, lucah di media sosial saya akan padam… Habis cerita,” katanya.

Sumber: Instagram Yasmin Hani, mStar Online

The post ‘Saya bukan berbikini’ – Yasmin Hani tak ambil pusing dengan kecaman netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar