-->

Pinjam duit RM120 dari orang kampung untuk raikan majlis kejayaan STPM anak, undang rasa sebak netizen

Setiap ibu bapa mahu meraikan kejayaan anak-anaknya walau dengan cara apa sekalipun. Bagi mereka detik terindah itu harus diraikan bagi menghargai penat lelah anak-anak mereka dalam menuntut ilmu.

Kisah seorang penoreh getah yang meraikan kejayaan anak perempuannya yang cemerlang dalam peperiksaan STPM dikagumi ramai.

Berbekalkan wang pinjaman dari jiran sekampungnya sebanyak RM120, dia dan isterinya pergi ke majlis pengumuman keputusan STPM anaknya. Arnie Juliusuh, 20, menjadi satu-satunya pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 di SMK Tun Fuad Stephens.

Jaliusih berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain daripada meminjam wang demi memastikan dia dan isterinya dapat hadir ke majlis itu.

“Saya hanya ada motorsikal dan kereta Proton Saga. Kereta saya dari era semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dalam tahun 1990-an lagi. Dan paling jauh dapat pergi hanya ke pekan Tamparuli.

Dikatakan, duit yang dipinjam itu digunakan untuk perbelanjaan tambang menaiki teksi bagi perjalanan pergi dan balik dari majlis tersebut.

Jaliusih hanya memperolehi pendapatan sekitar antara RM 200 dan RM300 sebulan.

“Bila Arnie akan sambung pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi seperti impiannya yang mahu menjadi guru, kami akan meminta saudara lain membantu kami dari segi kewangan,” katanya.

Sumber: New Straits Times

The post Pinjam duit RM120 dari orang kampung untuk raikan majlis kejayaan STPM anak, undang rasa sebak netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar