-->

‘Orang bukan Islam paling ramai terlibat dalam rasuah’ – Tegas Sanusi berdasarkan fakta kajian

Menteri Besar (sementara) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan naratif PAS yang mengatakan bahawa orang bukan Islam adalah bangsa yang paling ramai terlibat dalam gejala rasuah adalah benar berlandaskan fakta.

“Pergilah tengok rekod orang ditangkap atas kesalahan rasuah, memberi dan menerima. Lebih ramai non muslim. Itu benar, itu fakta,” katanya memetik laporan daripada MalaysiaKini.

Sanusi berkata demikian ketika menghadiri program bual bicara Keluar Sekejap bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Terdahulu, Presiden PAS Hadi Awang membuat dakwaan yang sama pada Ogos 2022, dengan mengatakan dakwaan itu berasaskan kajian yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman yang diterbitkan dalam jurnal Asian Economic Papers, Januari 2017.

Hasil dapatan kajian menyatakan, 73.4 peratus daripada pemberi rasuah yang telah disabitkan kesalahan adalah bukan Melayu. Manakala 82 peratus penerima rasuah yang disabitkan kesalahan adalah berbangsa Melayu.

Jelas Sanusi, dia membuat kenyataan itu sebagai tindakan balas terhadap DAP yang didakwa mula memainkan naratif bahawa pemimpin Melayu terbabit rasuah.

“(Mereka kata) lebih baik orang bukan Islam baik daripada pemimpin Islam yang tak baik kerana mengamalkan rasuah.

“Bila tengok fakta, banyak ditangkap adalah orang bukan Islam,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

The post ‘Orang bukan Islam paling ramai terlibat dalam rasuah’ – Tegas Sanusi berdasarkan fakta kajian appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar