-->

Netizen kritik filem ‘Vik2ria Secret’ guna dana Finas RM550K, tapi hanya mampu raih kutipan RM5K selepas 2 minggu

Pada 15 Jun lalu ditayangkan filem komedi arahan A.R. Badul yang bertajuk Vik2ria Secret. Filem ini dibintangi oleh Annie, Ropie Cecupak, Badul, Man Raja Lawak, Farez Adnan, Fiza Halim, Wan Gegau dan Keena Mentor.

Filem ini merupakan idea asal oleh A.R Badul bersama Annie Ariffin.

Menurut penerbit Richard Ung, pada awalnya tajuk filem ini adalah ‘Bra Merah’ kerana idea tersebut diperoleh daripada salah seorang rakan karibnya yang juga merupakan bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasioanl (FINAS), tetapi ditukar kepada Vik2ria Secret kerana memikirkan penerimaan penonton.

Beberapa minggu tayangan, filem ini hanya mampu meraih kutipan sebanyak RM 5,058 sahaja dengan jumlah penonton 346 orang.

Kutipan filem ini terus menjadi kontroversi dan mula mendapat perhatian netizen apabila kos pembikinan filem ini dikatakan mencecah hingga RM1.05 juta dan dana filem ini diterima daripada FINAS sebanyak RM 550,000.

Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan tersebut dan menyatakan jumlah dana yang diberikan tidak berbaloi dengan kualiti filem yang diterbitkan.

Selain itu juga, netizen menyarankan agar lebih berfaedah sekiranya dana tersebut dikeluarkan bagi penggiat-penggiat seni yang lebih kreatif dan individu yang dilihat dapat memajukan industri di peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh netizen menamakan Sofyank dan juga pengarah Syamsul Yusof.

Namun begitu, ada juga yang mencadangkan agar pihak kementerian merombak balik jawatankuasa jabatan itu dan selain turut mempersoalkan dana yang dikeluarkan serta pemilihan skrip serta audit.

Dalam pada masa yang sama, pemilihan gambar pakaian dalam wanita yang berwarna merah jambu juga turut dipersoalkan.

Sumber: Twitter Filem Kita, Fakta Bukan Auta

The post Netizen kritik filem ‘Vik2ria Secret’ guna dana Finas RM550K, tapi hanya mampu raih kutipan RM5K selepas 2 minggu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar