-->

Influencer dikecam kerana susukan anak harimau & singa, dianggap sokong ‘animal abuse’

Seperti sedia maklum, populasi haiwan semakin berkurangan. Satu kajian mendapati jumlah spesies hidupan liar yang dipantau, menjunam kira-kira 70 peratus dalam tempoh 50 tahun lalu.

Memetik dari laporan Utusan, data itu berdasarkan satu laporan penilaian dikeluarkan oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) yang memaparkan kemusnahan alam semula jadi akibat kegiatan manusia.

Jika di negara seperti Thailand pula, haiwan-haiwan ini dijadikan sebagai ‘boneka’ untuk tarikan pengunjung atau pelancong.

Baru-baru ini seorang pempengaruh ditegur netizen gara-gara memuat naik hantaran di media sosial mengenai kunjungannya ke sebuah zoo di Bangkok, Thailand.

Kunjungannya ke zoo tersebut merupakan pemberian daripada suaminya sempena hari kelahirannya.

Melalui hantaran tersebut, wanita itu dan suaminya memberikan susu kepada seekor harimau dan juga anak singa. Kelihatan harimau dan anak singa itu sangat jinak dan hanya membiarkan dirinya dipegang dan dibelai.

Walaubagaimanapun, hantaran wanita ini dikecam oleh netizen kerana dilihat seperti mempromosikan mengenai penderaan ke atas haiwan. Dan umum mengetahui haiwan-haiwan sebegini telah dianiaya terlebih dahulu sebelum dipertontonkan kepada pengunjung.

Menerusi beberapa komen, dikatakan haiwan tersebut sudah diberikan dadah supaya tidak bertindak liar kepada pengunjung.

“Saya pernah baca yang harimau tu diberikan dadah sebab tu dia jinak, di situ bukan tempatnya,” kata netizen.

“Katakan tidak kepada penyeksaan haiwan. Haiwan bukan tempat untuk dijadikan sebagai satu hiburan,” kata netizen yang lain.

Biarpun beberapa komen telah meminta wanita ini memadam hantaran tersebut, namun begitu hantaran tersebut masih lagi kekal di Instagram.

Sumber: Instagram, Utusan Online

The post Influencer dikecam kerana susukan anak harimau & singa, dianggap sokong ‘animal abuse’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar