-->

‘Hidup perlu diteruskan’ – Siti Kasim tak goyah dengan ancaman bom

Peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim menjelaskan dia tidak goyah dengan ancaman bom yang diletakkan di bawah kenderaannya baru-baru ini. Sebaliknya dia percaya semua orang akan mati dan cara seseorang itu ‘dijemput’ ajalnya juga sudah tertulis.

“Saya rasa kehidupan saya tetap terus seperti biasa. Tidak upah pengawal peribadi. Saya rasa macam biasa, mahu fikirkan sangat (ancaman bom) bodohlah kan.

“Setakat yang saya fikirkan, apa yang saya buat selama ini bukan perkara memudaratkan. Semua orang mati, (jika) sudah tertulis saya mati dengan cara dibunuh orang, mahu buat macam mana? Hidup perlu diteruskan,” katanya memetik laporan daripada Utusan Online.

Jumaat lalu, Siti Kasim dimaklumkan oleh pusat servis yang menemui bom yang diletakkan berhampiran tayar belakang kenderaannya, lalu segera menghubungi polis.

Polis kemudian mengesahkan objek yang ditemui itu adalah bom bahan letupan termampat (IED) dan kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari yang ditemui pada objek tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, penemuan bom itu adalah satu jenayah yang serius kerana ia boleh dianggap sebagai cubaan membunuh.

Sumber: Utusan Online

The post ‘Hidup perlu diteruskan’ – Siti Kasim tak goyah dengan ancaman bom appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar