-->

Halang lalu lintas susahkan pengguna lain polis keluarkan saman terhadap geng konvoi supercar

Polis telah memanggil pemilik sebuah akaun media sosial susulan tular satu rakaman video memaparkan konvoi kereta ‘supercar’ dan menyebabkan halangan di Lebuhraya Elite.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya turut mengeluarkan saman kerana kesalahan halangan lalulintas.

“Polis telah memanggil pemilik akaun yang menularkan video bagi siasatan dan telah mengeluarkan saman atas kesalahan menghalang lalu lintas,” katanya.

PDRM menasihatkan semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan lalulintas untuk mengelakkan kemalangan, kesesakan dan kesusahan yang tidak sepatutnya kepada pengguna lain.

Sebarang ketidakpatuhan boleh mengakibatkan tindakan diambil dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan.

Terdahulu, video berdurasi 50 saat tular yang memaparkan kira-kira 10 buah kenderaan mewah yang memandu secara perlahan sehingga memenuhi setiap lorong lebuhraya dan menyebabkan pengguna lain terpaksa bersesak kira-kira 1 kilometer.

Rakaman video tersebut dikatakan bagi mempromosikan acara Perarakan Supercar dan Sportscar di Litar Antarabangsa Sepang pada 15 Julai ini.

Sumber: Buletin Utama

The post Halang lalu lintas, susahkan pengguna lain, polis keluarkan saman terhadap geng konvoi ‘supercar’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar