-->

Abang penggal kepala adik perempuannya sendiri kerana berdegil mahu berkahwin dengan jejaka pilihan

Seorang lelaki memenggal kepala adik perempuannya kerana cuba berkahwin dengan teman lelaki tanpa mendapat restu daripada keluarganya, sebelum membawa kepala remaja itu ke balai polis.

Mangsa yang dikenali sebagai Aashifa, 18, yang tinggal di Barabanki, Uttar Pradesh, India, menjalinkan hubungan dengan kekasihnya, Chand Babu. Kedua-dua mereka tinggal di kampung yang sama iaitu, Mithwara.

Bagaimanapun, Riyaz, 22, tidak menyenangi perhubungan mereka lalu membunuh Aashifa dengan memenggal kepalanya lalu diletakkan dalam beg.

Orang awam yang menyaksikan kejadian itu sempat merakam suspek yang dalam perjalanan ke balai polis Fatehpur sambil membawa kepala mangsa, sebelum membuat laporan polis.

Difahamkan, Aashifa mahu berkahwin dengan lelaki pilihannya sendiri. Tetapi bapanya, Abdul Rashid dan Riyaz menentang keputusannya itu.

Kejadian itu mengundang kemarahan masyarakat di negara itu yang masih mengamalkan budaya lama termasuk menentukan jodoh anak mereka.

Sebelum ini, Abdul pernah membuat laporan polis terhadap Chand Babu pada 29 Mei atas dakwaan menculik Aashifa untuk kahwin lari.

Chand Babu kemudian ditahan dan dipenjarakan. Aashifa pula kembali ke pangkauan keluarganya.

20 Julai, Aashifa menegaskan kepada keluarganya bahawa dia tetap berkeras mahu berkahwin dengan Chand Babu. Hal itu menyebabkan Riyaz berang dan bertindak di luar batasan.

Superitendan Ashutosh Mishra berkata, suspek mengambil senjata tajam dan memenggal kepala adiknya sebelum diletakkan dalam beg, lalu dibawa ke balai polis.

Orang awam yang menyaksikan Riyaz membawa kepala mangsa, segera melaporkan perkara itu. Bertindak di atas maklumat, polis segera ke lokasi dan terus menahan suspek.

Sumber: Daily Mail

The post Abang penggal kepala adik perempuannya sendiri kerana berdegil mahu berkahwin dengan jejaka pilihan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar