-->

1 maut 9 lagi cedera dalam perlumbaan haram di Lebuhraya Kajang Seremban malam tadi

Seorang penunggang motosikal maut, manakala sembilan lagi rakannya mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa berlumba secara haram di Lebuhraya Kajang – Seremban, malam tadi.

Video dan gambar selepas kejadian yang menunjukkan beberapa mangsa kejadian terbaring di jalan raya turut tular di media sosial.

Sebelum kejadian, ada di antara mereka melakukan aksi-aksi berbahaya seperti aksi Superman, selain bersaing sesama sendiri tanpa mempedulikan keselamatan masing-masing.

Lapor Harian Metro, kumpulan ‘mat rempit’ berkenaan mula berlumba haram sejak jam 10 malam tadi, berdasarkan video dashcam kenderaan yang melalui lebuhraya tersebut.

Selepas kejadian, kelihatan beberapa individu daripada kumpulan yang sama memberhentikan perjalanan untuk membantu rakan-rakan mereka yang terjatuh di jalan raya.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai dijangka akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Harian Metro, Isu Semasa Official

The post 1 maut, 9 lagi cedera dalam perlumbaan haram di Lebuhraya Kajang – Seremban malam tadi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar