-->

‘Tak boleh salahkan dia, keadaan memaksa dia’ – Netizen mula bersimpati terhadap lelaki bunuh, bakar mayat Nur Anisah hamil 4 bulan

Lelaki yang didakwa membunuh kekasihnya, Nur Anisah Abdul Wahab, yang hamil empat bulan sebelum dibakar sehingga rentung, didakwa di mahkamah semalam atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 20, hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Siti Hajar Ali.

Tertuduh kini berdepan dengan hukuman mati Seksyen 302 jika disabitkan bersalah atas pertuduhan membunuh Nur Anisah, 21, di Jalan Benteng Laut, pada jam 8.30 malam, 22 Mei hingga 8 pagi, 23 Mei 2023.

Memandangkan tertuduh tidak membuat sebarang pengakuan terhadap pertuduhan membunuh Nur Anisah, mahkamah menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron dan Muhammad Afiq Qiwamuddin. Manakala tertuduh diwakili oleh, peguam Khairul Anuar Kashim dan Muhammad Nor Tamrin.

Ada yang mula bersimpati terhadap suspek

Bagaimanapun di media sosial, ada segelintir pengguna media sosial yang mula menaruh perasaan simpati terhadap tertuduh yang kononnya dia terpaksa berbuat demikian.

“Tak boleh salahkan dia, ye pelakuannya memang berdosa. Tetapi keadaan dan fikiran memaksa dia berbuat demikian,” kata Arif.

“Awak handsome dik, taubat mohon keampunan dari yang Esa, al-Fatihah untuk arwah,” kata Anuar

@utusantvofficial

Bekas penuntut kolej itu akan dituduh pagi ini kerana membunuh seorang pelayan restoran di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, #SungaiBesar #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #sabakbernam 📽 Aizzat/Syamil.

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Netizen bidas golongan bersimpati tak bertempat

Sementara itu, netizen membidas golongan berkenaan yang bersimpati tidak kena pada tempatnya.

“Ramai betul yang bersimpati dengan pembunuh yang merobek perut perempuan mengandung tu. Kalau terjadi pada family mereka sendiri, tengoklah nanti boleh kesian ke tak pada pembunuhnya.

“Apa yang kesian sayu hati sangat kat pembunuh kejam? Sebab dia muda, sebab rupa tak macam pembunuh, sebab anak sebaya dengan pembunuh? Gila!” kata Natasha.

“Ada terbaca komen mention sayang, dia hensem, sayang dia muda. Dia tunduk kepala sebab nak jaga aib family dia. Komen paling lawak mention ni bahagian da, bahagian kita tak tahu macam mana pulak. Most of the comments macam kesian kat pembunuh tu. Halo, kalau mangsa tu family korang, ada komen macam tu tak?” tegas Sukashimy.

Sumber: Twitter, Berita Harian, Utusan


LihatTutupKomentar