-->

Seronok buat tajuk mengundang fitnah Peguam Siti Bainun Hafidzah Hassan luah rasa kesal difitnah beberapa portal hiburan

Peguam kepada pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun meluahkan rasa kesal difitnah oleh beberapa portal yang menyiarkan kenyataannya berhubung dengan kerisauannya dengan keadaan Siti Bainun di penjara.

“Seronok buat tajuk mengundang fitnah. Untung la boleh berterusan fitnah saya. Takut sangat saya doakan Bainun yang dah masuk dalam dah pun. Ye, saya doakan Bainun.

“Semoga Allah rahmati kalian yang terpaling pejuang tanpa kalian mengetahui kesan fitnah, penyebaran fitnah dan percaya fitnah kalian bukan hanya terhadap Bainun, namun kesannya terhadap Bella, orang-orang yang dilindungi dan dijaga Bainun, kesan fitnah terhadap diri kalian sendiri, keluarga, keturunan, sahabat dan rezeki kalian masing-masing.

“Alhamdulilah, saya tidak dilahirkan untuk menghukum orang lain tanpa usul periksa dan saya tak takut kepada fitnah kalian terhadap saya.

“Biar satu dunia memfitnah, saya bangga melawan kebatilan berdasarkan apa yang wujud di hadapan mata saya dan saya akan teruskan usaha melawan kejahatan ini.

“Tahniah kerana telah menjadikan fitnah itu berjaya menzalimi orang. Tahniah menghalalkan fitnah konon atas dasar perjuangan yang sebenarnya menganiaya.

“Kesian Bella ditunggang semua orang tanpa seorang pun benar-benar kasihan dengan Bella,” katanya.

Terdahulu beberapa portal hiburan menyiarkan artikel mengenai peguam kepada Siti Bainun itu meluahkan rasa simpati dengan keadaan anak guamnya. Hafidzah Hassan, melalui Instastory turut mendoakan yang sebaiknya buat Siti Bainun.

“Kadang-kadang rasa tak mampu jadi peguam. Teringat tak boleh tidur bila anak guam tak dapat balik dan tinggal di penjara. Yang kena reman sehari dua pun macam nak pecah nyawa teringat kita di rumah beralas tilam dan bantal empuk. Makan sedap pagi petang.”

“Ingat dah tak payah hadap lagi. Rupanya masih kena hadap. Kali ni lebih teruk. Dan masih kena hadap. Kali ni lebih teruk. Dan masih tak dapat ubah mental sendiri sebab memang sangat ambil kisah, sangat terkesan.

“Doa je yang mampu sementara tunggu keajaiban buat Siti Bainun,” katanya.

Sumber: Instagram Hafidzah Hassan

The post ‘Seronok buat tajuk mengundang fitnah’ – Peguam Siti Bainun, Hafidzah Hassan, luah rasa kesal difitnah beberapa portal hiburan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar