-->

Jocelyn Chia nak datang Malaysia buat Apology Tour ramai bantah & gesa pihak berkuasa buat sekatan

Pelawak kontroversi Jocelyn Chia dan rakannya yang juga merupakan pelawak komedi berdiri Chrissie Mayr membuat pengumuman akan mengadakan persembahan Apalogy Tour Live House Kuala Lumpur pada 28 Ogos ini di TREC.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Chrissie Mayr di Instagram beliau.

“Terima kasih atas tumpuan kepada Jocelyn Chia. Kami teruja untuk mengumumkan kami akan mengadakan persembahan bersama-sama di Malaysia,” tulisnya.

Namun begitu, kehadiran mereka dibantah dan ditentang ramai.

Bagaimanapun, tidak mengejutkan apabila komen diterima rata-rata tak bersetuju walaupun hajat mereka datang sebagai tanda permohonan maaf.

“Kami tak perlukan permohonan maaf kamu. Maaf kamu adalah murah. Kami ada maruah dan kami sangat bangga jadi rakyat Malaysia.

“Tolong sekat. Jangan bagi masuk Malaysia. Sudah mengata Malaysia, ada hati nak datang Malaysia. Dasar terencat tak tahu malu,” kata manisss_ah.

Tambahan lagi, netizen turut bengang dengan sikap kedua-dua pelawak itu yang cuba mengaut keuntungan pula di sini.

“Oh ambil kesempatan buat duit di sini ya. Padahal boleh saja buat permohonan maaf dalam video. Nak juga buat ‘show’ siap jual tiket untuk nak tengok mereka,” tulis emaaa_a.

Jocelyn mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia selepas menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenakanya satu persembahan di Amerika Syarikat.

Kemudian, Chrissie pula mengeruhkan keadaan apabila menyokong Jocelyn dan menghina netizen Malaysia di media sosial.

Sumber: Harian Metro, Chrissiemayrpod

The post Jocelyn Chia nak datang Malaysia buat Apology Tour, ramai bantah & gesa pihak berkuasa buat sekatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar