-->

‘Saya dah cancel, semua keluar’ – Pemandu e-hailing terpaksa batalkan tempahan, pelajar IPT ambil kesempatan

Wujudnya perkhidmatan e-hailing memudahkan orang ramai bergerak ke destinasi masing-masing. Dengan kadar tambang yang berpatutan membuatkan pengguna lebih memilih perkhidmatan tersebut. Kerancakan perkhidmatan e-hailing membuatkan ramai yang pemandunya daripada golongan muda.

Tular di media sosial semalam, seorang pemandu e-hailing terpaksa membatalkan tempahan pelanggannya yang cuba mengambil kesempatan ke atas perkhidmatannya.

Pemandu berkenaan menegaskan bahawa peraturan telah menetapkan yang dia hanya boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan. Tetapi pelanggan yang menempah perkhidmatannya itu mengambil peluang untuk membawa empat orang lagi rakannya.

“Empat orang eh? Empat orang. Jangan banyak-banyak, tak muat nanti. Empat orang sahaja. Mana muat ramai-ramai (macam ni), seorang duduk dalam bonet,” seloroh pemandu berkenaan.

“Saya kecik je bang,” jawab salah seorang pelajar.

“Runtuh nanti kereta saya, keluar keluar keluar. Sebelum saya cancel, keluar. Haa saya dah cancel, keluar. Semua keluar, saya dah cancel,” tegasnya.

@safrah699

budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing

♬ original sound – safrah699 – safrah699

Di media sosial, netizen faham bahawa pemandu e-hailing terikat dengan peraturan dan jika tidak dipatuhi, lesen e-hailing mereka boleh ditarik balik, sekali gus punca pendapatan mereka turut terjejas.

Namun, sikap yang ditonjolkan oleh sekumpulan pelajar terbabit mengundang kecaman netizen. Ini kerana mereka selaku pelajar sepatutnya lebih memahami perkara itu.

“Sebenarnya, benda ini nampak kecil untuk sesetengah orang tetapi besar bagi orang yang buat e-hailing. Sebab kalau kena saman, rabak duit poket weyh!” komen Zara.

“Kena jaga periuk nasi juga. Kalau dah semua driver empat seater, ambik macam ni, macam mana nak jaga market untuk enam seater?” komen Shukri Sis.

Sumber: TikTok

The post ‘Saya dah cancel, semua keluar’ – Pemandu e-hailing terpaksa batalkan tempahan, pelajar IPT ambil kesempatan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar