-->

‘Saya bukan mangsa fesyen, memang saya yang timbulkan provokasi kepada netizen’ – Aina Abdul

Penyanyi popular Aina Abdul menyedari penampilannya di Big Stage pada minggu keempat dikecam teruk oleh netizen. Sehingga ada yang mengatakan dia adalah mangsa fesyen. Aina bagaimanapun menafikan tanggapan itu dan menjelaskan dia memang sengaja menimbulkan provokasi kepada netizen.

Dalam masa sama, Aina Abdul berkata dia hanya mengikut tema galau yang ditetapkan pada minggu keempat. Dia mengambil keputusan untuk menyampaikan ‘mesej galau’ itu kepada penonton menerusi penampilan sedemikian.

“Saya bukan mangsa fesyen kerana memang saya yang menimbulkan provokasi kepada netizen dengan imej dan penampilan yang ada kelainan.

“Saya tampil dengan imej itu kerana mengikut tema galau pada minggu keempat program Big Stage dan ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton.

“Imej katil atau tilam itu sesuai untuk meluahkan perasaan galau itu. Saya fikir imej itu akan mendapat komen yang menghiburkan kerana pernah pakai baju yang lebih besar dari itu,” katanya memetik laporan daripada Harian Metro, 31 Mei 2023.

Juri tetap Big Stage musim kelima itu mengakui terkejut dengan komen melampau daripada netizen sehingga ada yang melakukan face shaming dan mengancam mahu memboikotnya.

“Selain ‘face shaming’, ada netizen yang mahu memboikot saya kerana imej dan penampiilan berbeza yang ditampilkan. Sedangkan saya sudah habiskan ribuan ringgit untuk menjaga wajah dan tubuh sebagai selebriti,” ujarnya.

Selain itu, penampilannya itu dikatakan telah menghalang pandangan penonton di belakangnya. Tetapi pereka fesyen Aina Abdul, Masyadi Mansor tampil menafikan dakwaan tersebut.

“Untuk yang kata baju menghalang audiens kat belakang tu, actually kalau audiens duduk belakang Aina atau Ajai ke, mereka still akan terhalang sebab seat juri lagi tinggi dari seat penonton/audiens.

“Plus, yang duduk belakang juri itu semua team juri dan pihak produksi. Bukan orang awam pun,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal), Xtra (Salma Syahbuddin)

The post ‘Saya bukan mangsa fesyen, memang saya yang timbulkan provokasi kepada netizen’ – Aina Abdul appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar