-->

Kehilangan Yang Cukup Berharga Buat Zamarul, Semoga Arwah Tenang Disana.. Video 👉

BAPA kepada pelakon Zamarul Hisham iaitu Mohamed Mohamed Zain meninggal dunia pada Selasa.

Zamarul, 51, memaklumkan berita duka itu menerusi Instagram miliknya dan difahamkan Allahyarham meninggal dunia kerana jatuh di dalam bilik air.

Pelakon itu turut meluah kesedihan kerana hilang teman bicara untuk menjadi tempat mengadu.

“Innalillahhiwainnailaihirojiun. Tiada lagi teman bicara, teman untuk berkongsi rasa, pendengar setia.

Diana berkongsi mengenai pemergian bapa mertuanya.

“Bak (panggilan bapa) baru dua hari lepas Sham (panggilan Zamarul) balik kita berbual panjang, ketawa ceria tetapi hari ini bak pergi tinggalkan kami semua.

“Al fatihah buat bak. Semoga bak tenang di sana. Semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Dalam pada itu, isteri Zamarul, Diana Rafar menerusi Instastory miliknya turut berkongsi Allahyarham disolatkan di Masjid Al-Umm, Bangi dan akan di Tanah Perkuburan Bandar Baru Bangi (Sg Tangkas), Kajang, Selangor sekitar pukul 10.15 pagi.

sumber: mstar

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

LihatTutupKomentar