-->

Sampai ke pagi duk check tak ada juga STR masuk akaun esok nak raya dah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu lalu memaklumkan, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan disalurkan secara berperingkat kepada individu yang layak bermula 26 Jun.

Kerajaan memutuskan pembayaran STR Fasa 3 lebih awal (sebelum Hari Raya Aidiladha), berbanding jadual asalnya pada Julai 2023.

Bagaimanapun sehingga kini masih terdapat rungutan dari orang awam yang mendakwa mereka masih belum menerima bayaran STR.

Selain itu, ada juga yang turut meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila mereka dimaklumkan bahawa mereka tidak layak menerima bantuan tersebut disebabkan tidak memenuhi syarat kelayakan.

“Aku rasa STR memang tak nak masuk akaun aku lah. Dia lari agaknya. Sampai ke pagi ini aku duk check. Tak ada juga. Esok nak raya.

“Nasiblah bujang dapat RM150. Kalau RM1,500, menung. Tapi sekarang menung juga sampai ke pagi tak ada,” kata Syakilla.

“Lebih sikit je (pendapatan), tak kasi chance langsung. (Kerajaan) kedekut!” kata Wan.

Bagi permohonan yang ditolak, pemohon boleh mengemukakan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dibuka dari 26 Jun lalu. Dan tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 3 hingga 31 Julai 2023.

Sementara itu, bayaran Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat pada November depan.

Sumber: Facebook

The post ‘Sampai ke pagi duk check, tak ada juga STR masuk akaun, esok nak raya dah’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar