-->

Kami sekeluarga tidak terkesan apa-apa Ira sentiasa positif ayah paling okay Melor Kazar

Melor Kazar, 40, kakak kepada Ira Kazar, memaklumkan adiknya berada dalam keadaan baik, tenang dan positif biarpun rumah tangganya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof, menjadi perhatian umum.

Menurut Melor, selain itu mereka sekeluarga juga tidak terkesan dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa. Alhamdulillah baik-baik saja. Hakikatnya semua sama saja, tiada apa yang lebih atau kurang.

“Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan. Ayah paling okay. Bila ayah okay, kami pun okay. Ira pun sama, sentiasa positif,” katanya.

Dalam pada itu, Melor mengakui ada membaca komen-komen negatif dari netizen. Tetapi enggan mengambil pusing mengenainya dan kekal bersabar agar mental tidak terjejas.

“Yang baik kami ambil, yang buruk kami buang. Sebab kalau baca, akan mengganggu mental. Alhamdulillah semu okay. Nak kata kami takut ke mana-mana pun tidak. Sebab hidup perlu diteruskan,” katanya.

14 Jun lalu, Syamsul telah sah menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dengan talak satu. Selepas beberapa hari kemudian, Ira memuat naik gambar suaminya di Instastory yang mengundang perhatian netizen.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

The post ‘Kami sekeluarga tidak terkesan apa-apa, Ira sentiasa positif, ayah paling okay’ – Melor Kazar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar