-->

Sabah & Sarawak bukan tempat indah untuk meneruskan kerjaya masih jauh ketinggalan dari Semenanjung Asiah Abd Jalil

Peguam Asiah Abd Jalil, berkongsi pandangannya di Facebook mengatakan bahawa negeri Sabah dan Sarawak bukanlah tempat yang indah untuk meneruskan kerjaya.

Kalaulah saya ini kakitangan awam, diminta bertugas di Sabah atau Sarawak, saya akan letak jawatan (dalam tempoh) 24 jam.

“Sebagai warga Semenanjung Malaysia, saya memandang Sabah dan Sarawak bukan tempat yang indah untuk meneruskan kerjaya, bukan tempat yang praktikal untuk merancang hidup berkeluarga.

“Bukan tempat yang ideal untuk membesarkan anak-anak pada usia persekolahan. Bukan tempat yang berbaloi untuk merasai hidup mencabar. Tetapi terpaksa merisikokan kesihatan mental dan emosi,” kata menerusi hantaran yang dimuat naik 11 jam yang lalu.

‘Berhenti gebang pasal ugutan keluar dari Malaysia’ – Asiah

Bagi Asiah, 60 tahun dua negeri itu telah menyertai pembentukan Malaysia, tetapi pembangunan tidak setanding dengan Semenanjung Malaysia.

“Dengan sebegitu besar keluasan geografi, sebegiu ramai rakyat jelata, sebegitu banyak hasil mahsul bumi, alam dan laut, malangnya Sabah dan Sarawak masih kekal jauh ketinggalan. Sangat jauh ketinggalan.

“Sebab itu kalau nak ‘hukum’ kakitangan awam Semenanjung Malaysia, hantarlah diorang ke Sabah atau Sarawak. It’s an open secret. Polis ke, doktor ke, cikgu ke dan lain-lain, faham-faham sajalah bila dihantar bertugas ke sana secara ‘paksa-rela’.

“60 tahun selepas merdeka bersama Malaysia, Sabah dan Sarawak masih belum berjaya hasilkan rakyat negeri sendiri yang boleh mengisi pekerjaan di negeri sendiri. Masih bergantung dengan rakyat Semenanjung Malaysia untuk berkhidmat di sana.

“Jadi, berhentilah gebang pasal ugutan nak keluar dari Malaysia. Entah macam mana Sabah dan Sarawak nak survive. Ada banyak resources, tapi tak ramai rakyat yang berkualiti, memang susahlah nak maju dan berdikari,” ujarnya.

Lebih mengejutkan, bekas ketua pengarah kumpulan akhbar, A Kadir Jasin, juga meninggalkan komen bersetuju dengan Asiah.

Foto dari Facebook Asiah Abd Jalil

Bagaimanapun, ruangan komen hantaran itu tidak dibuka kepada umum. Tetapi tinjauan mendapati hantaran itu menerima banyak reaksi negatif netizen.

Sumber: Facebook Asiah Abd Jalil

The post ‘Sabah & Sarawak bukan tempat indah untuk meneruskan kerjaya, masih jauh ketinggalan dari Semenanjung’ – Asiah Abd Jalil appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar