-->

Apa jadah haram bil elektrik naik melambung? Duduk sorang je pun -Netizen luah rasa geram dengan kenaikan bil TNB

Di media sosial ketika ini, ramai netizen yang merungut dengan isu bil elektrik yang melambung tinggi secara tiba-tiba.

Pelbagai rungutan dan keluhan yang dibuat oleh netizen gara-gara terkejut menerima bil terkini daripada TNB sehingga menyifatkan kenaikan bil tersebut tidak logik dengan penggunaan semasa.

“Rasa logik ke tak bil elektrik rumah ayah saya macam ini? Padahal beberapa bulan sebelumnya semua RM100+ sahaja. Kalau ye pun musim panas, penggunaan elektrik/penyaman udara tetap sama. Yang duduk rumah pun ibu dan ayah sahaja. Kali ini memang tak logik, cecah sampai RM1,000+.

“Jika nak anggar pun biarlah logik. Rumah teres setingkat biasa sahaja, bukannya rumah banglo tiga tingkat bil sampai macam ini? Orang berniaga kek yang guna ketuhar 24 jam pun tak melambung bil macam ini,” kata Najihah Rokman.

Beliau turut melampirkan bil bulanannya iaitu Disember 2022 (RM141.80), Januari 2023 (RM166.50), Februari 2023 (RM138.80), Mac 2023 (RM111.55), April 2023 (RM175.60) dan Mei 2023 (RM1,137.85)

Meter okay, tapi bil tetap melambung

Seorang lagi pengguna pula mempersoalkan aduan yang dibuat kepada pihak TNB.

“Kepada TNB. Kenapa bil bulan Mei melambung begitu tinggi? Apabila saya buat aduan ditawarkan untuk pemeriksaan meter. Kakitangannya datang periksa kemudian beritahu meter okay dan jika untuk tindakan lanjut nanti ada pegawai hubungi.

“Tetapi sehingga hari ini tiada pegawai yang menghubungi saya yang sudah menunggu hampir sebulan tanpa sedar. Saya juga dah hubungi TNB dan emel berkali-kali, jawapan tetap sama dalam masa terdekat pegawainya akan hubungi saya. Berapa lama harus saya tunggu? Sampai bila,” katanya.

Trend penggunaan meningkat sebab musim raya dan cuaca panas

Bertindak dengan aduan yang dibuat, pihak TNB melalui satu kenyataan memaklumkan penggunaan tenaga dikesan meningkat akibat cuaca yang panas.

“Terdapat trend peningkatan penggunaan elektrik sejak April disebabkan musim perayaan dan keadaan cuaca.

“Pengguna digalakkan untuk mengamalkan tabiat cekap tenaga dan mengelakkan pembaziran tenaga dan gunakan aplikasi serta portal myTNB untuk memantau penggunaan supaya pelarasan boleh dibuat,” katanya.

Ikuti langkah penjimatan elektrik

Beberapa tips atau panduan cara-cara penjimatan elektrik (Cekap Tenaga) turut dikongsikan oleh pihak TNB melalui media sosial.

Antaranya makanan panas perlu dibiarkan ke suhu bilik terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Apabila makanan yang masih panas terus diletakkan ke dalam peti ais, peti ais memerlukan lebih tenaga untuk menyejukkan makanan tersebut.

Selain itu juga, plug yang tidak digunakan, perlu dicabut bagi menjimatkan pengaliran tenaga elektrik.

Bagi penjimatan penghawa dingin pula, pengguna perlu menentukan masa beberapa jam penggunaan bagi mengelakkan kos elektrik melambung tinggi.

Penggunaan lampu LED juga turut dikatakan sebagai salah satu langkah penjimatan.

Namun begitu, umpama sia-sia sahaja, Facebook Tenaga Nasional Berhad terus diserang dan dikecam netizen.

Sumber: TNB, Group Bil Elektrik TNB melambung tinggi ke?

The post ‘Apa jadah haram bil elektrik naik melambung? Duduk sorang je pun’ -Netizen luah rasa geram dengan kenaikan bil TNB appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar