-->

Remaja jilat botol kicap, pinggan sebelum diletak semula di ‘conveyor belt’ di restoran sushi disaman RM2.2 juta

Syarikat pengendali restoran sushi di Jepun bertindak memfailkan saman ganti rugi terhadap pelanggannya yang juga seorang remaja lelaki sebanyak 67 juta yen atau RM2.2 juta.

Syarikat Akindo Sushiro Co. memfailkan saman tersebut di Mahkamah Osaka pada 22 Mac lalu selepas mendapati remaja itu menjilat botol soya di salah premisnya di bandar Gifu.

Difahamkan, remaja itu bersalam dua rakannya datang ke premis tersebut pada 3 Januari lalu. Defendan bertindak menjilat bahagian atas botol kicap soya yang tidak bertutup sambil dirakam oleh rakannya.

Defendan kemudian menjilat jarinya sebelum menyentuh pinggan sushi yang diletakkan di atas conveyor belt untuk menghantar makanan kepada pelanggan.

Video perbuatannya itu dimuat naik di media sosial pada 29 Januari dan menjadi tular mengakibatkan saham syarikat tersebut menjunam secara mendadak.

Perbuatan tiga remaja itu mengundang kekecohan dan kemarahan orang ramai kerana perbuatannya itu menjejaskan imej Jepun yang sejak dari dulu dikenali sebagai negara yang mengutamakan kebersihan.

Disebabkan insiden itu, Akindo Sushiro terpaksa memasang penghadang plastik di lebih 600 cawangannya di seluruh negara yang menyebabkan kerugian 90 juta yen atau RM3.97 juta.

Sumber: Sinar Harian

The post Remaja jilat botol kicap, pinggan sebelum diletak semula di ‘conveyor belt’ di restoran sushi disaman RM2.2 juta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar