-->

‘Kepala hotak dia drive kereta bapak’ – Budak 11 tahun ditahan polis selepas rakan tularkan video

Polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang didapati memandu kenderaan milik bapanya dalam kejadian di Jalan Banting-Pandamaran, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya mengesan penularan video klip yang menunjukkan sekumpulan kanak-kanak mendedahkan salah seorang rakan mereka memandu kenderaan Proton Saga (kelabu) di jalan berkenaan pada jam 6 petang.

@ktm_michaellim

Budak Bawa Kereta Budak buat hal lagi, berani pandu kereta di jalan sesak. Seorang kanak-kanak lelaki memandu sebuah kereta Proton Saga. NAMPAKNYA isu kanak-kanak memandu kereta di jalan raya masih tidak berkesudahan. #BudakBawaKereta #kanakkanak #kanakkanakbawakereta #buathal #kereta #protonsaga

♬ Hide and Seek – Sare Remix – Lizz Robinett

Ekoran itu, sepasukan polis telah menyerbu kediaman kanak-kanak terbabit di Pandamaran pada jam 1.15 pagi semalam.

Kanak-kanak itu bersama dengan bapanya berusia 49 tahun ditahan dan kereta Proton Saga turut dirampas serta dibawa ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu di bawah umur dan bersubahat atau membenarkan melakukan kesalahan itu.

Kes itu turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana perbuatan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak secara cuai yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Orang ramai terutamanya golongan ibu bapa sentiasa mengawasi anak masing-masing untuk tidak terbabit dalam sebarang kegiatan atau perbuatan yang membahayakan diri atau harta benda.

Sumber: Kosmo! Online

The post ‘Kepala hotak dia drive kereta bapak’ – Budak 11 tahun ditahan polis selepas rakan tularkan video appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar