-->

Remaja cekik bekas teman wanita sehingga mati sebelum mayatnya diperkosa 2 kali oleh rakannya

Seorang remaja lelaki mengaku telah membunuh seorang pelajar perempuan, Aura Enjeli, di Mojokerto sebelum memperkosa mayatnya kerana dia mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.

Menurut suspek remaja yang dikenali sebagai Adi berkata, dia menyetubuhi mayat mangsa sebanyak dua kali. Selesai melampias nafsu serakahnya, mayat mangsa dimasukkan ke dalam karung guni dan dibuang.

Perbuatan keji itu dilakukan oleh Adi dan seorang lagi rakannya, AB, di belakang rumah mereka pada Isnin, 15 Jun, kira-kira jam 7 petang. Mangsa dibunuh oleh AB dengan cara mencekiknya sehingga mati.

Menurut kenyataan polis, Adi yang berusia 19 tahun kini berdepan dengan hukuman mati, manakala AB yang masih bawah umur, 15 tahun, berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara.

Ketua Polis Mojokerto Kota, Wiwit Adi Satria berkata, kedua-dua suspek memiliki peranan yang berbeza dan disebabkan itu hukuman untuk mereka juga akan ditentukan secara berbeza.

Difahamkan, AB merupakan rakan sekelas mangsa dan juga bekas teman lelakinya. AB mencekik leher mangsa sehingga mati akibat kekurangan oksigen.

Adi kemudian membantu AB membuang mayat mangsa. Tetapi sebelum itu, dia sempat menyetubuhi mayat mangsa.

Sementara itu, bapa mangsa berharap keadilan berpihak kepada anak perempuannya. Dalam masa sama dia berharap kedua-dua suspek dikenakan hukuman berat.

Sumber: Indo Zone

The post Remaja cekik bekas teman wanita sehingga mati, sebelum mayatnya diperkosa 2 kali oleh rakannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar