-->

Penjawat awam merupakan beban kepada negara kata pemimpin parti politik

18 Jun lalu seorang pemimpin daripada parti politik mengeluarkan kenyataan yang mendakwa penjawat awam merupakan beban kepada negara. Kenyataannya itu mengundang banyak reaksi netizen.

Dalam kenyataan yang disiarkan di Facebook parti berkenaan, individu berkenaan membidas kerajaan yang dikatakan mengambil lebih ramai kakitangan dan tindakan itu menunjukkan kerajaan perpaduan telah gagal.

“Sekarang, kerajaan sepatutnya mengecilkan saiz perkhidmatan awam, bukan sebaliknya menambah bilangan kakitangan perkhidmatan awam.

“Keadaan kewangan negara berada dalam keadaan agak meruncing, di samping beban hutang negara dan faedah yang perlu dibayar. Sekiranya bayaran pencen dan gaji penjawat awam dinaikkan, sudah tentu keadaan menjadi lebih sukar,” katanya.

Dia turut mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di Greece dan Sri Lanka yang gagal membayar balik hutang negara menyebabkan mereka diisytiharkan muflis.

“Penjawat awam merupakan beban kepada negara. Tambahan pula hutang luar negara terus meningkat dan rizab tukaran asing kita semakin jatuh.

“Sudah tiba masanya Perdana Menteri mengambil langkah untuk menambahkan hasil negara dan mengurangkan perbelanjaan, iaitu meningkatkan daya saing negara, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pada masa yang sama mengurangkan bilangan penjawat awam dan hutang luar negara.

“Sekiranya ini tidak dilakukan, prosek malaysia dikhuatiri amat membimbangkan,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu mengundang kecaman ramai dan pihak pengendali Facebook Gerakan Penang telah memadamkan hantaran itu.

Sumber: Twitter

The post ‘Penjawat awam merupakan beban kepada negara’ – kata pemimpin parti politik appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar