-->

Pelarian Rohingya boleh melanjutkan pengajian tinggi di IPT Malaysia tidak lama lagi

Pelarian Rohingya di Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi bakal direalisasikan tidak lama lagi.

Penasihat Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Emeritus Dr Morshidi Sirat berkata, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) akan mendaftarkan pelarian Rohingya sebaik sahaja program itu diwujudkan dengan dana RM231 juta yang dibiayai oleh Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum 2020.

“Skop bantuan (sumbangan) daripada kerajaan Qatar itu atas tujuan pendidikan, kesihatan dan kemandirian pelarian Rohingya di negara ini,” katanya.

Difahamkan, UIAM dipilih untuk melaksanakan program tersebut berdasarkan reputasi dan pengalamannya.

Perbincangan mengenai kursus yang sesuai ditawarkan oleh UIAM telah dimulakan semasa lawatan Menteri Pendidikan Tinggi ke Qatar bulan Mei. Namun belum dapat dipastikan sama ada sijil pendidikan mereka yang diperolehi di UIAM itu akan mendapat akreditasi kerajaan Malaysia.

“Malaysia sedang berusaha untuk menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa di rantau ini, yang turut menjadikan negara beredia menyediakan pendidikan tinggi untuk pelarian dan penduduk dari wilayah konflik.

“Kami menempatakan 20 universiti awam, 435 institusi pengajian tinggi swasta, 105 kolej komuniti dan 36 politeknik.

“Pelarian boleh mengakses pendidikan dalam bentuk konvensional atau fleksibel,” katanya.

Sumber: MalaysiaKini

The post Pelarian Rohingya boleh melanjutkan pengajian tinggi di IPT Malaysia, tidak lama lagi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar