-->

‘Kalau tak suka tengok, block terus’ – Leona rayu netizen berhenti kritik penampilannya

Beberapa hari lalu, Kasih Iris Leona sekali lagi menjadi bualan netizen berikutan tindakannya memuat naik video yang menunjukkan dia memakai pakaian yang hampir mendedahkan bahagian dadanya.

Tindakannya membuat video tersebut dikecam oleh netizen yang kemudian menyeru bapanya, Azhar Sulaiman, menegur anak perempuannya itu daripada terus berkelakuan sedemikian.

Menyedari kecaman itu, Leona meminta orang ramai berhenti dari terus meninggalkan komen di akaun media sosialnya. Dalam masa sama meminta mereka menghormati pilihannya untuk memakai apa jua jenis pakaian.

“Saya tak kisah dengan pandangan anda mengenai badan saya. Jadi tolong berhenti meninggalkan komen kurang cerdik.

“Apa yang saya pakai tidak menjejaskan sesiapa. Badan saya, pilihan saya, masalah saya dan tiada kaitan dengan mana-mana orang! Kalau awak tak suka dengan apa yang awak tengok, tak perlu tengok! Block saja terus.

“Berhenti bercakap mengenai apa yang saya pakai. Saya merayu, awak bercakaplah mengenai isu lain yang lebih penting,” tegasnya.

Leona turut menegur pihak media hiburan yang mempergunakannya sebagai clickbait untuk menyebarkan berita palsu.

Leona yakin sekiranya dia mempunyai dada bersaiz kecil, tiada sesiapa yang akan peduli dengan apa jua pakaian yang dipakai olehnya.

Sebelum ini, Azhar berkongsi tips kepada Leona bagi mengurangkan kecaman atau kritikan netizen di media sosial dengan cara tidak berkongsi apa-apa aktiviti sosialnya.

Menurut Azhar, Leona perlu faham bahawa ramai pengikutnya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan dia perlu tahu akan sensitiviti.

“…jadi smart macam daddy. Kalau daddy pergi parti ke, berjimba ke, private parti ke, daddy tak share di media sosial. So, I’m smart you know and you pun also do the same lah. Jangan beritahu ibu tentang perkara ini sebab ibu tak ada TikTok. Jaga diri, jadi budak baik,” katanya.

Sumber: Twitter Kasih Iris Leona

The post ‘Kalau tak suka tengok, block terus’ – Leona rayu netizen berhenti kritik penampilannya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar