-->

‘Hang kata aku gila, bab* kau!’ – Lelaki mengamuk baling bungkusan air panas terkena pada budak 4 tahun

“Siapa kenal manusia ni? Mengamuk baling air panas terkena baby. Kacip mungkin, bahaya orang ni. Kalau kenal, tolong PM,” demikian kata pemilik restoran Darlis Nasi Dagang Ganu.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi, Ahad, 4 Jun lalu, video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki terbabit yang memakai baju kuning mengamuk dan membaling bungkusan makanan dan air panas ke dalam premis sehingga mengenai seorang kanak-kanak berusia empat tahun.

“Dia tiba-tiba mengamuk baling bungkusan nasi dan air panas, terkena muka budak berumur 4 tahun,” kata sumber.

Kejadian itu menyebabkan mangsa menangis kuat dan suspek terus berlalu pergi serta sempat menerajang meja berhampiran.

Namun, disebabkan masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, suspek sekali lagi kembali dan membaling kerusi ke dalam premis serta melemparkan kata-kata kesat terhadap mangsa.

Difahamkan, kes tersebut sedang dalam siasatan polis dan pemilik restoran meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek untuk tampil menghubunginya untuk menyalurkan maklumat.

Sumber: Facebook Pengadu

The post ‘Hang kata aku gila, bab* kau!’ – Lelaki mengamuk baling bungkusan air panas terkena pada budak 4 tahun appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar