-->

Dalam pada Shuib bahagia dihari perkahwinan.. Reaksi anak perempuannya pula bikin Hiba

Shuib kini suami Watie

Dengan sekali lafaz, pelawak dan penyampai radio, Shuib selamat menjadi suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah pada majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass House, Putra Height, Shah Alam.

Dihadiri kira-kira 600 tetamu, pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan, Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali.

Pihak lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Watie atau nama lengkapnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah menerima mas kahwin sebanyak RM8,288.


Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad memberitahu majlis pernikahannya mendapat tajaan mencecah RM1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.

Majlis pernikahan itu akan disiarkan dalam siri mini terbaharu yang akan merakamkan detik manis dan perjalanan cinta pasangan itu berjudul Walimatulurus Shuib dan Watie.

Program tiga episod itu akan menemui penonton secara eksklusif bermula esok, jam 9 malam di Astro Ria.

Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam, pada 6 Mei lalu.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
LihatTutupKomentar