-->

Amir ingat yang angkat nama engkau tu aku Azmin Ali ungkit kisah lama dakwa Amirudin jadi MB Selangor atas jasanya

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Azmin Ali mengakui bahawa Amirudin Shari adalah anak didiknya dan dialah yang mengangkat nama Amir sebagai calon Menteri Besar sehingga dipilih untuk menjawat jawatan tersebut, selepas Pakatan Harapan (PH) menang di negeri itu pada PRU14.

“Betullah dia anak didik aku, nama dia parti (PKR) tak serah kepada istana. Amir ingat, yang angkat nama engkau tu aku.

“Kerana hari ini kamu bersekongkol dengan dot dot dot, maka kita tidak ada pilihan. Kita (PN) tak ada pilihan, tolak PH, UMNO, DAP di Selangor,” katanya mengungkit kembali kisah lama, semasa berucap di Konvensyen PRN Selangor, Shah Alam, hari ini.

Menurut Azmin, Amirudin perlu sedar bahawa dengan kelebihannya menjawat jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini adalah hasil usaha daripadanya sebelum ini.

Azmin pada PRU15 yang lalu tewas kepada anak didiknya sendiri ketika bertanding di kerusi Parlimen Gombak di mana Amirudin berjaya menumbangkan Azmin dengan kelebihan 12,729 undi.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor secara rasmi telah dibubarkan semalam untuk memberi laluan kepada PRN, selepas tempoh mandat DUN berakhir pada 25 Jun ini.

Dengan pembubaran itu, Kerajaan Selangor kini ditadbir oleh kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas selesai PRN.

Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro

The post ‘Amir ingat, yang angkat nama engkau tu aku’ – Azmin Ali ungkit kisah lama, dakwa Amirudin jadi MB Selangor atas jasanya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar