-->

Tunjuk jari tengah kerana tak puas hati ditegur, lelaki Rohingya ditahan polis

Tular di TikTok beberapa hari lalu, video seorang penduduk di kawasan perumahan mengadu mengenai sikap komuniti Rohingya yang mengumpul barangan kita semula dalam tong yang diletakkan di jalan raya sehingga mengganggu laluan utama penduduk.

Menurut pengadu, mereka pernah membuat teguran tetapi tidak diendahkan dan ketika pengadu membuat rakaman video, salah seorang lelaki Rohingya terbabit menunjukkan isyarat jari tengah.

Tindakan lelaki Rohingya itu mengundang kemarahan netizen yang meluat melihat perangai komuniti berkenaan yang sudah sekian lama berkelakuan biadab terhadap penduduk tempatan.

Polis juga mengambil maklum mengenai penularan video tersebut dan menahan suspek berusia 23 tahun. Suspek mengaku menunjukkan isyarat jari tengah dalam kejadian yang berlaku tiga hari lalu sebelum video itu tular.

Suspek telah direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, tong besar berkenaan telah pun dialihkan oleh pemiliknya pada waktu petang selepas menerima amaran daripada penguat kuasa Malis Perbandaran Kulai (MPKu).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Wong Bor Yang juga menggesa pihak MPKu kerap membuat pemantauan di kawasan tersebut kerana komuniti pelarian itu semakin berani membuat onar dan tidak mengendahkan teguran daripada penduduk setempat.

“Sebelum ini berlaku masalah kebersihan termasuk sampah bertimbun, malah aad yang bebas menjalankan perniagaan di situ. Kali ini mereka semakin berani. Walaupun lorong itu sempit, mereka tetap letak meletakkan tong besar menyebabkan kenderaan lain tidak dapat menggunakan laluan itu.

“Saya berharap penguat kuasa MPKu sentiasa memantau keadaan perkampungan itu,” katanya.

Sumber: Info Semasa, Harian Metro

The post Tunjuk jari tengah kerana tak puas hati ditegur, lelaki Rohingya ditahan polis appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar