-->

‘Tak malu ke Datuk gunakan dia ni sebab nak bad marketing?’ – Netizen kecam Aliff Syukri gunakan Amirah untuk promote tudung

Ahli perniagaan Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk oleh netizen ekoran tindakannya menggunakan influencer sensasi, Amirah Aqilah Firdaus, untuk mempromosikan jualan tudung AS Hijab, semalam.

Bagi netizen, Aliff sengaja berbuat demikian bagi meningkatkan kemarahan orang ramai yang kemudian mengecam dan menaikkan engagement media sosialnya.

“Memang suka minta dikecam kan? Pastu nanti menangis tanya netizen, ‘kenapa awak tak suka saya?, ‘Kenapa awak kecam? Apa salah dosa saya? Saya hanya jalankan bisnes saya awak, kenapa awak?’, begitulah jalan ceritanya hari-hari,” komen Monisse.

Selain itu juga, ada yang menyedari Aliff sememangnya gemar mengambil kesempatan daripada sebarang isu yang viral demi kepentingan diri.

“Sorry, sebab perempuan ini dengan tudung-tudung Datuk, tak minat. Jangan disebabkan budak itu viral, Datuk ambil kesempatan nak melariskan tudung itu,” komen Reloscia.

“Dah elok bini jadi model tudung tu nampak high class. Tapi pergi bagi yang low class pakai, auto tak ada value Datuk oi,” komen Danial.

“Bebal, agungkan maksiat, bangga pulak tu dengan tuan badan buat maksiat. Hebat kau Datuk, hebat,” komen Kamal.

Beberapa hari lalu, Amirah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sedar ramai yang masih marah dengannya disebabkan isu menyondol suami orang sehingga menyebabkan rumah tangga majikannya musnah.

Namun, Amirah menegaskan bahawa dia bukan menjadi punca pasangan itu bercerai dan berharap suatu hari nanti Allah akan menunjukkan kebenarannya.

Sumber: Instagram Aliff Syukri

The post ‘Tak malu ke Datuk gunakan dia ni sebab nak bad marketing?’ – Netizen kecam Aliff Syukri gunakan Amirah untuk promote tudung appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar