-->

‘Apa salahnya viral? Setahun sekali saya ‘belanja’, nak hiburkan rakyat Malaysia’ – Ifa Raziah tak kisah dikecam netizen

Penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah, menyedari dirinya dikecam netizen kerana memuat naik video yang menunjukkan dirinya bergelek punggung bersama rakannya, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru.

Bagaimanapun, Saripah Raziah Mustapha, 47, mengakui dirinya tidak terkesan dan sudah lali dengan kecaman di media sosial. Malahan, apa yang dilakukannya itu hanya sekadar marketing dan hiburan untuk masyarakat.

“Apa salahnya viral? Setahun sekali saja saya ‘belanja’. Kita nak bagi hiburan dekat rakyat Malaysia.

“Satu (komen kecaman) pun saya tak baca, buat penatmereka saja komen. Malah saya berterima kasih kerana menviralkan saya. Saya tak hairan, dah kebal dengan makian. Sudah 27 tahun jadi anak seni,” katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online, semalam.

Bagi Ifa, rancangannya untuk menularkan video sensasi itu telah berjaya sehingga mendapat banyak perhatian ramai tanpa perlu membuat video bersentuhan atau memakai pakaian seksi.

“Saya tidak bersetunuhan dan tak pakai pakaian yang mencolok mata. Jadi, di manakah kesalahan itu?” katanya.

Sumber: Kosmo! Online

The post ‘Apa salahnya viral? Setahun sekali saya ‘belanja’, nak hiburkan rakyat Malaysia’ – Ifa Raziah tak kisah dikecam netizen appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar