-->

‘Saya bukan nak play victim’ – Meera nafi dirinya jadi punca View Chin & Ah Moi bercerai

Nama Meera kembali menjadi perbualan hangat di media sosial selepas ada individu yang memuat naik video sembang santai pempengaruh itu bersama pengikutnya di media sosial baru-baru, yang secara tidak langsung mendedahkan beberapa perkara yang tidak diketahui umum.

Difahamkan, Meera membuat siaran langsung itu di kediamannya bersama dengan sahabat yang dikenalinya sejak tujuh tahun lalu, Teha (anak Dato’), sebelum mereka bekerja dengan View Chin.

Meera mengakui dia masih bekerja dengan View Chin pada masa ini. Namun, ‘dikick-out’ dan hanya dapat membuat kerja luar.

“Meera masih bekerja dengan View Chin, tak dibuang pun. Meera just keluar untuk mencari rezeki Meera sendiri.”

Hubungannya dengan rakan sekerja, Teha, juga masih seperti biasa disebabkan mereka sudah lama berkawan sejak tujuh tahun lalu sebelum kedua-duanya bekerja dengan View Chin.

Disebabkan itu, adalah mustahil untuk mereka berdua putus hubungan dan menegaskan perkara itu tidak akan berlaku sama sekali.

“Kitorang memang dah berkawan lama okay. Cuma orang ramai tak tahu je benda tu. Jadi kalau ada sesiapa yang nak Meera jarakan relationship dengan Teha, memang tak ah!”

Dah minta maaf pada Ah Moi?

“Okay gais, takkanlah semua perkara Meera kena beritahu pada public? Kan? Meera bukan jenis nak cerita semua benda pada public.

“Kebenaran itu akan terbukti satu hari nanti. Percayalah. Saya berdiam tidak bermaksud saya salah. Saya bukan nak play victim,” katanya yang juga mengakui semakin kurus selepas perbuatannya didedahkan oleh Ah Moi.

Ditanya sama ada dia sememangnya suka menyondol suami orang, Meera enggan menjawab soalan itu. Sebaliknya menyerahkan kepada netizen untuk menganggapnya sebagai apa.

Dalam masa sama, Meera mengakui dia langsung tidak beraya pada tahun ini disebabkan kontroversi tersebut. Apatah lagi, keluarganya turut kecewa dengan apa yang berlaku.

“Meera mana ada raya guys. Orang dah viralkan Meera, buat apa nak beraya?”

Meera akan berkahwin dengan View Chin? Apa aktiviti di tangga?

“Korang doakan yang baik-baiklah. Mengenai tangga, View Chin dah ceritakan, buat apa saya nak cerita?” katanya yang juga enggan memadamkan gambar dirinya bersama View Chin di media sosial kerana mahu menyimpannya sebagai kenangan.

Seronok ke ambik laki orang?

“Seronok. Memang saya ada salah dan silap juga, tapi ada yang suka menokok tambah cerita membuatkan orang lebih benci pada seseorang itu.”

Meera sedar ramai yang mengecam, melempar kata-kata kesat dan fitnah terhadapnya. Tetapi Meera memberi peringatan kepada orang ramai bahawa, di padang masyar kelak golongan yang berkenaan juga akan ‘mencarinya’.

“Yang memfitnah saya dah minta maaf ke belum? Nanti di lubang kubur, terkapai-kapai nak minta maaf kat aku”.

Tak ada rasa kasihan ke pada anak-anak Ah Moi?

Bagi Meera, View Chin adalah seorang suami yang bertanggungjawab dan tiada apa yang perlu dikasihankan. Tambahan, dia berpegang pada prinsip bahawa satu hari nanti kebenaran akan didedahkan dan bukan semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah benar.

“Satu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenaran. Meera dah nampak dah kebenaran sikit-sikit. Cuma saya tahu, bukan saya punca mereka bercerai,” katanya.

The post ‘Saya bukan nak play victim’ – Meera nafi dirinya jadi punca View Chin & Ah Moi bercerai appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar