-->

Remaja dirogol sehingga hamil & alami keguguran, ibu buat laporan polis

Seorang wanita warga emas berusia 56 tahun membuat laporan polis mengenai anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengandung dan keguguran, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki di Layang-Layang, 15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ibu mangsa membuat laporan polis pada jam 5.59 pagi yang memaklumkan anak perempuannya mengalami keguguran.

Menurut pengadu, dia terdengar jeritan anak perempuannya yang mengalami kesakitan di dalam tandas pada jam 1.30 pagi sebelum ternampak janin di mangkuk tandas.

Pengadu terus mengambil janin itu dan membawa anaknya ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk mendapatkan bantuan. Doktor mengesahkan janin itu berusia kira-kira 28 minggu, tiada sebarang kecederaan seperti tekanan, paksaan mahupun kecederaan pada luaran janin itu.

Mangsa memaklumkan bahawa dia telah dirogol oleh seorang lelaki tempatan yang dikenalinya, di belakang rumah.

Bertindak di atas maklumat itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dibantu anggota polis Balai Bomba Bemban, membuat serbuan dan menahan suspek remaja lelaki berusia 18 tahun di Kluang.

Suspek didakwa di Mahkamah Seksyen Johor Bahru hari ini mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sumber: Harian Metro

The post Remaja dirogol sehingga hamil & alami keguguran, ibu buat laporan polis appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar