-->

Rogol kekasih bawah umur di kawasan semak, tukang rumah mengaku bersalah

Seorang lelaki berusia 19 tahun yang bekerja sebagai tukang rumah hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan merogol kekasihnya dalam kejadian dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Syafiq Arman Mohd Shuhaimi, mengaku bersalah di hadapan Hakim Nooriah Osman, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun tujuh bulan di kawasan semak pada jam 9.30 malam, April 2021.

Untuk kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nurul Najmi Md Nasir.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 24 Jun depan untuk tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman sementara menunggu laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: Harian Metro

The post Rogol kekasih bawah umur di kawasan semak, tukang rumah mengaku bersalah appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar