-->

'Muka kau macam penyangak, tak boleh jadi hero' - Idzham Ismail akui hampir putus dengan kerjaya lakonan



Aktor  drama Andai Itu Takdirnya, Idzham Ismail mengakui pernah berasa kecewa dan berputus asa dengan kerjaya lakonan. 


Dia yang mula mencipta nama menerusi drama Juvana berkata keputusan itu dibuat kerana sering terfikirkan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya selain sukar untuk mendapat tempat di hati penonton.


Katanya, ada sesetengah pihak menganggap dia tidak layak untuk memegang watak hero.


"Ada yang kata, kau tak boleh la jadi hero. Kau berlakon jahat macam ni la, muka kau macam penyangak.


"Saya pernah terfikir nak buat gosip sendiri sebab nama susah dikenali. Saya hampir putus asa sebab dapat watak yang sama dan pembantu sahaja," katanya.


Tetapi, di sebalik kekecewaan itu ada ada peluang dan ruang yang terbaik buatnya mengembangkan lagi bakatnya. Kekecewaannya sedikit terubat apabila wataknya sebagai Ikram dalam drama Andai Itu Takdirnya meninggalkan kesan di hati penonton.


"Betul la kata orang masa tu akan tiba juga. Syukur berkat bertahan dalam industri saya dapat buktikan sesuatu yang berbeza kepada penonton dan juga produksi.


"Dalam drama Jangan Menangis Cinta dan Andai itu Takdirnya, saya memberikan kelainan dan dari situ lah dapat membuka mata lebih banyak pihak dan juga produksi tentang kemampuan saya," katanya.


Namun begitu, di sebalik kejayaannya sudah pasti ada individu yang sentiasa menyokongnya. Isterinya, Siti Nur Nabilah Shamsudin antara individu yang sentiasa memberikan semangat untuk kekal dia bertahan dalam industri.


Sumber: mStar Online



LihatTutupKomentar