-->

Lelaki di Singapura lebih suka kencing secara duduk – Kajian YouGov

Kencing berdiri atau kencing duduk? Kajian menunjukkan golongan lelaki di Singapura lebih cenderung untuk kencing secara berdiri apabila menerima panggilan alam.

Kajian yang dilakukan oleh YouGov diterbitkan pada Selasa, 16 Mei 2023 mendedahkan bahawa, golongan lelaki di negara itu memilih untuk duduk semasa membuang air kecil, dengan 32 peratus daripada mereka mengatakan tidak akan berbuat demikian.

Kajian itu membabitkan responden sebanyak 7,024 lelaki berumur 18 tahun ke atas dari 13 buah negara yang telah disiarkan di platform Reddit, mendapat banyak reaksi Redditors yang bercakap mengenai tabiat lelaki Singapura apabila berada di dalam tandas.

Kajian itu dijalankan dari 28 Mac hingga 20 April tahun ini.

Ada yang berkata, mereka kencing secara berdiri untuk menjimatkan masa daripada kencing secara duduk di mana mereka perlu memastikan tempat duduk itu bersih daripada terduduk di atas sisa air kencing pengguna tandas awam sebelumnya.

Menariknya, ada yang berpendapat kencing secara berdiri adalah perkara normal berbanding kencing secara duduk menjadikan seseorang itu bukanlah lelaki yang sejati.

Selain itu, kajian turut mendapati golongan lelaki tua di Jerman lebih cenderung untuk kencing secara duduk berbanding golongan lelaki muda.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku untuk lelaki di Britain, Australia dan Amerika Syarikat di mana lebih lelaki tua lebih cenderung untuk kencing secara duduk dan mereka tidak pernah kencing secara berdiri.

Sumber: Asia One

The post Lelaki di Singapura lebih suka kencing secara duduk – Kajian YouGov appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar