-->

Kepala ‘bocor’, gara-gara bergaduh dengan rakan sekelas disebabkan insiden baling pemadam pensel

Beberapa pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah menengah di Kempas dilaporkan bergaduh hanya disebabkan tidak berpuas hati dengan insiden baling pemadam pensel.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 3.43 petang kelmarin.

Siasatan polis mendapati, pergaduhan berlaku disebabkan timbul rasa tidak puas hati seorang pelajar yang dibaling dengan pemadam pensel oleh rakan sekelasnya dua hari lalu.

Akibat daripada pergaduhan itu, beberapa pelajar mengalami kecederaan dan pendarahan di kepala, lebam pada kaki dan tangan.

Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.

Beberapa pelajar yang terlibat juga telah ditahan untuk membantu siasatan. Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Gambar-gambar mangsa yang mengalami kecederaan turut tersebar di media sosial.

Polis menasihatkan orang ramai sentiasa bersikap rasional apabila menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan tidak menggunakan kekerasan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri dan orang lain.

Sumber: Harian Metro, Utusan Malaysia

The post Kepala ‘bocor’, gara-gara bergaduh dengan rakan sekelas disebabkan insiden baling pemadam pensel appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar