-->

Kelantan bermasalah sejak Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan dulu – Hadi Awang

Umum mengetahui rakyat di Kelantan berdepan dengan pelbagai masalah terutamanya bekalan air bersih yang sudah berlarutan sejak sekian lamanya.

Keadaan itu menyebabkan sebahagian besar rakyatnya terutama golongan muda berhijrah keluar dan menetap di luar negeri Kelantan kerana tidak tahan dengan masalah tersebut.

Ada yang menyalah kerajaan negeri yang dikatakan tidak serius menangani masalah itu. Tetapi bagi Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa Kelantan menjadi seperti itu adalah disebabkan oleh Anwar yang enggan menyalurkan peruntukkan kepada Kelantan semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan.

“Pas menghadapi banyak sekatan oleh kerajaan pusat, bermula dengan Kelantan sejak zaman perdana menteri sekarang menjadi menteri kewangan sehingga kini.

“Urusan kewangan yang wajib mengikut perlembagaan, perjanjian dan prinsip demokrasi tidak dihormati,” katanya.

Tambahnya, royalti petroleum yang sepatutnya diperoleh Kelantan dan Terengganu dinafikan oleh kerajaan pusat, berbanding Sabah dan Sarawak.

Walaupun berdepan dengan sumber sumber kewangan yang terhad, PAS yang mentadbir Kelantan katanya, masih mampu membuktikan bahawa mereka mampu mentadbir negeri Kelantan dengan berintergriti dan beramanah.

PAS juga berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk yang sebelum ini gagal diselesaikan oleh kerajaan sebelumnya diterajui oleh UMNO-Barisan Nasional (BN) sejak mengambil alih pentadbiran Kelantan pada tahun 1990.

Sumber: MalaysiaKini

The post Kelantan bermasalah sejak Anwar dilantik menjadi Menteri Kewangan dulu – Hadi Awang appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar