-->

‘Diorang campak barang saya ke?’ – TikToker kecewa, 40 tub Nutella rosak, tuntut penjelasan syarikat penerbangan

Saban tahun diadakan satu festival makanan di serata negeri dan penyertaan daripada golongan peniaga tempatan sangat menggalakkan. Bukan sahaja orang awam, malahan selebriti dan pempengaruh terkenal juga mencuba nasib menjual produk mereka.

Disebalik kemeriahan dan keterujaan orang ramai untuk berjumpa dengan selebriti serta pempengaruh mereka di festival yang diadakan di Sarawak, ada kesedihan dan kekecewaan yang terpaksa ditanggung oleh beberapa pempengaruh media sosial.

TikToker, OjenAiwah, mendakwa 40 tub Nutella dan white chocolate yang dibawa mengguna perkhidmatan sebuah syarikat penerbangan, telah pecah dan coklatnya terkeluar daripada bekas.

@ojennn_aiwahh

Tolong saya viralkan habis pecah semua apeni @AirAsia @AirAsiaAirlines

♬ Satu Rasa Cinta Tolis (Acoustic) – Mohirfandi

“Baru je sampai Stadium Negeri Sarawak, Kuching, semua tub Nuttela pecah. Mereka campak barang saya ke?” soalnya yang tidak berpuas hati dan menuntut pihak berkenaan tampil memberi penjelasan.

“Dear orang Sarawak, saya akan terus stay dan berniaga bagi korang rasa kunafah saya. Bangkit, ada lah Allah nak bagi.

“Kepada syarikat penerbangan berkenaan, terima kasih bagi Ojen ‘moment indah’ ini. Pengajaran besar buat saya,” katanya.

Video yang dimuat naik Ojen itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk TikToker Abang Captain yang tampil berkongsi kemungkinan yang berlaku pada barangan niaga Ojen semasa dalam penerbangan.

“Bila kita terbang, kapal terbang akan dipressure supaya para penumpang boleh bernafas. Bila terbang makin tinggi, udara semakin nipis dan tekanan semakin rendah. Kita tak nak lemas dalam tu, kita akan pam masuk aircond udara supaya kabin tu kembang sama dengan tekanan yang sama seperti kita berada di darat.

“Bila pam udara masuk, banyak benda terutamanya air gas boleh meletup, sebab bergas dan dipressure. Mungkin itu antara sebab Nuttela itu dalam bentuk liquid, kemungkinan besar udara yang kembang itu membuatkan liquid tersebut, terkeluar daripada bekas,” jelasnya.

https://twitter.com/sabrinashooo/status/1661151574826287104

Sementara itu, menurut bekas kakitangan syarikat penerbangan berkata, kapten pesawat akan memberikan laporan setiap kali timbul masalah melibatkan cuaca, gegaran (turbulence) semasa penerbangan.

“Jika tiada isu dibangkitkan, masalah tersebut adalah berpunca daripada staff. Staff yang menjaga baggage handling bertindak mencampakkan barang-barang penumpang,” katanya.

Selain itu, netizen tidak menolak cara pembungkusan barangan berkenaan tidak mengikut spesifikasi yang betul atau tidak meminta kakitangan di kaunter pendaftaran masuk untuk meletak pelekat Fragile atau Handle with care pada barangan tersebut.

The post ‘Diorang campak barang saya ke?’ – TikToker kecewa, 40 tub Nutella rosak, tuntut penjelasan syarikat penerbangan appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar