-->

‘Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan’ – David Teo

Penerbit Datuk David Teo, 59, mengakui suatu ketika dulu dia pernah mengalami kesukaran untuk berurusan dengan pelakon Rozita Che Wan, kerana tertarik dengan kecantikannya.

Dalam laporan Utusan, David berkata bukan perkara yang mudah untuk dirinya bertentang mata apabila berurusan dengan pelakon berusia 50 tahun itu.

“Antaranya artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan. Tapi bukannya dia goda saya, cuma bagi saya dia asngat cantik, bulu matanya menggoda.

“Kami pernah bekerjasama dalam sebuah filem di mana dia lakonkan 17 babak kesemuanya. Memang sukar untuk berurusan dengannya kerana dia terlalu cantik.

“Membuatkan saya terpaksa mengalih pandangan ke arah lain agar tidak bertentang mata dengannya,” ujar David.

David tidak menafikan, sepanjang berada dalam industri filem dan drama tempatan, dia juga pernah berdepan dengan godaan, tetapi berjaya ditepis.

“Sepanjang menjadi penerbit, saya tidak pernah digosipkan berskandal dengan mana-mana pelakon wanita. Memang saya pernah digoda, tetapi saya berjaya tepis,” katanya.

Sumber: Utusan

The post ‘Antara artis yang ‘mencabar’ nafsu saya adalah Rozita Che Wan’ – David Teo appeared first on The Reporter.



LihatTutupKomentar