-->

Anak muda semakin manja, ramai minta PLKN dikembalikan tetapi Syed Saddiq tidak setuju sebab...



Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan pada Disember 2003. Program ini menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi aspek modul fizikal, kenegaraan, pembinaan sahsiah diri dan khidmat komuniti. Namun, pada tahun 2018 PLKN telah ditamatkan serta-merta.


Melihat kepada situasi yang dikatakan remaja sekarang lebih kepada istilah 'manja', ramai pula yang menyuarakan agar program PLKN dihidupkan semula bagi melahirkan generasi yang lebih berdikari dan berfikiran ke depan.


"Modul PLKN sangat bagus untuk diterapkan, apatah lagi cabaran dunia sekarang yang tidak menentu. Disiplin, berkepimpinan, semangat cintakan negara yang tinggi, membuatkan kita semua rasa bertanggungjawab untuk membawa negara ke landasan yang betul.


"Modul dalam itu bukan nak basuh (hasut) anak muda suruh undi sesiapa. Selepas tiga bulan, kebanyakan budak PLKN mampu survive untuk teruskan hidup," kata Mellya Azizi.


Walaubagaimanapun Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang juga bekas menteri belia dan sukan (2018) menegaskan bahawa dia tidak menyesal memansuhkan PLKN dan menggantikannya dengan program Malaysia Future Leaders School (MFLS).


"Program itu bukan sahaja digunakan sebagai agenda politik, malah membazir dari segi wang ringgit dan enthnocentric. Generasi muda kita bukan lemah, tetapi cabaran pelajar hari ni makin susah," katanya.


Selain daripada perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi, generasi kini katanya perlu membayar bebanan hutang pendidikan.


Dan disebabkan itu, beliau tidak bersetuju untuk mewujudkan kembali PLKN, tetapi fikirkan untuk merombak atau mengubahsuai sistem pendidikan yang ada kepada yang lebih baik.


Sumber: Mellya Azizi, Syed Saddiq



LihatTutupKomentar