-->

'Tiada persefahaman, mungkin sampai sini saja kisah kami' - Zulin Aziz bercerai?



2.5 juta pengikut Instagram Zulin Aziz hari ini dikejutkan dengan pengumuman bahawa dia bersama suaminya mungkin tidak lagi meneruskan rumah tangga yang dibina sejak 20 Februari 2022. 


Melalui kenyataan yang dimuat naik sejam yang lalu, Zulin berkata, mereka tidak lagi mempunyai persefahaman yang baik menyebabkan keputusan itu terpaksa diambil. 


"Mungkin sampai sini saja kisah kami. Tiada persefahaman. Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang. InshaAllah masa (akan) merawat semuanya. 


"Thank you for everything. Take care," katanya. 


Semakan pada akaun Instagram Zulin juga mendapati, gambar-gambar dirinya bersama lelaki itu sudah dipadamkan. 



Di ruangan komen dibanjiri dengan ribuan persoalan dan pertanyaan sama ada dari rakan artis mahupun netizen kerana tidak menyangka pasangan itu yang sebelum ini dilihat baik-baik saja, secara tiba-tiba membuat pengumuman tersebut. 


Tidak kurang juga yang berkata, mungkin pengumuman itu hanya sekadar gimik sahaja. 


"Satu je nak pesan. Cakap tu satu doa. Kalau betul, saya bersimpati. Kalau benda ini gimik ke apa, awak betul-betul hilang akal," kata Mimi. 


"Serius ke ni? Hari Sabtu malam elok je dekat MITEC. Janganlah buat content guna ayat-ayat macam ni. Memang nak sangat gamaknya," kata Kiki. 


"Tak baik kalau buat macam ni sebab marketing. Benda-benda macam ni janganlah dibuat main," kata Hanna. 


Sumber: Instagram Zulin Aziz



LihatTutupKomentar