-->

Syamsul tegaskan dia tetap akan saman Farid, melainkan Allah lembutkan hatinya untuk tarik balik keputusan itu



Pengarah Syamsul Yusof menegaskan dia tetap dengan pendiriannya yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Farid Kamil kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan isu memukul seorang wanita, yang dipercayai ditujukan kepadanya.


Walaupun begitu, Syamsul tidak menolak keputusan itu mungkin berubah sekiranya dia berlembut hati untuk menarik semula saman berkenaan sempena bulan Ramadan ini untuk melupakan persengketaan di antaranya dengan suami kepada Diana Danielle itu.


"Kita doakan semua rakan artis yang melalui nasib sama (kes cerai), tetapi yang mana saya nak saman itu tetap jalan. Namun, saya harap Allah melembutkan hati saya untuk tarik semula (keputusan saman) tapi kita tak tahu lagi," katanya. 


Syamsul berkata demikian ketika ditemui media semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk sebutan kes nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana. 


Ditanya mengenai isunya dengan pelakon Singapura, Aaron Aziz, Syamsul menjelaskan dia bersedia bersemuka untuk menyelesaikan isu yang timbul di antara mereka. Namun enggan mengulas lanjut kerana tindakan itu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. 


"Saya tiada masalah untuk berjumpa. Saya pun tak nak komen panjang isu ini. Kalau saling berbalas komen, isu ini takkan habis," katanya. 


Sumber: mStar Online



LihatTutupKomentar