-->

'Saya mohon maaf pada Shermine, tetapi saya jalin hubungan dengan View Chin selepas mereka sah bercerai' - Mira akui menyesal



Setelah lama berdiam diri, Mira atau nama sebenar Amirah Aqilah akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka tetapi menafikan dia menjadi punca rumah tangga majikan berantakan, lapor Kosmo! Online


Dalam kenyataan yang dimuat naik di Instastory, Mira terdahulu memohon maaf kepada Shermine Hau dan anak-anaknya berhubung kejadian yang berlaku. 


"Saya Amirah Aqilah Firdaus ingin memohon maaf kepada Shermine, Slvie, Scarlett and Shyane setelah apa yang berlaku. 


"Saya rasa menyesal dan mengakui segala kesilapan saya. Tetapi hubungan saya dan View Chin bermula setelah mereka sah bercerai. Bukan semasa mereka masih bersama seperti yang telah tular sekarang," katanya. 


Tegas Mira, apa yang berlaku di antara View Chin dan Shermine Hau tiada kaitan dengannya walaupun ramai yang menuduhnya menjadi punca perceraian pasangan berkenaan. 


Mira juga sanggup menerima segala kecaman dengan hati yang terbuka. 



Gadis muda itu terdahulu memuat naik beberapa gambar di Instastory akaun asalnya, @AmirahhFirdaus, yang menunjukkan dirinya yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz, dipercayai dalam perjalanan pulang ke kampung.


Di kesempatan itu, Mira juga mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengikutnya. 


Bagaimanapun di ruangan komen, netizen mempertikaikan penafiannya itu kerana Shermine sebelum ini pernah menunjukkan bukti cop pasport berserta tarikh di mana bekas suaminya pernah bercuti ke Bali, Indonesia. Dokumen yang sama juga menunjukkan Mira pergi ke lokasi yang sama pada tarikh yang sama. 


View Chin dalam pengakuannya beberapa hari lalu turut mengakui pergi ke Bali bersama dengan Mira. Tetapi hanya untuk bercuti menenangkan fikiran, bukannya melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.


"View Chin dan Mira bercerai pada Disember 2022. Korang berdua pergi ke Bali, bulan September 2022," kata netizen. 


Sumber: Instagram Amirah Aqilah, Kosmo! Online



LihatTutupKomentar