-->

Rupanya Ini Keadaan Mira Selepas Digelar Penyond0l. Dia Tidak Akan Pulang Untuk Hari Raya Dan Rupanya Ada Sesuatu Berlaku Dlm Keluarga Dia

Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira masih lagi menyembunyikan diri buat sementara waktu dalam menghadapi kontroversi melibatkan dirinya dan pempe­ngaruh media sosial terkenal, View Chin.

View Chin berkata, ada ahli keluarga Mira yang jatuh sakit disebabkan kontroversi tersebut dan ada yang tidak mahu pulang beraya termasuk Mira sendiri. Ujarnya, Mira dan juga ahli keluarga terdekat menerima kecaman yang teruk daripada orang ramai.

Menurut laporan Kosmo, View Chin mendedahkan Mira serta keluarganya tidak mahu pulang beraya malah ada beberapa ahli keluarga telah jatuh sakit disebabkan isu tersebut sudah mula menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Jelasnya, Mira dan keluarga menerima kecaman yang hebat daripada orang ramai dan mereka memilih untuk mendiamkan diri buat sementara waktu.

“Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembuyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuk keluarganya yang turut terpalit,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, View Chin turut menjelaskan panggilan ‘sayang’ dan ‘dear’ itu digunakan kepada semua pekerja dan ia merupakan budaya kerja di dalam syarikatnya.

“Saya memang guna perkataan ‘sayang’ dan ‘dear’ dekat semua pekerja, bukan Mira sahaja,” luahnya.

Perkara tersebut dimaklumkan susulan tular tangkap layar yang menunjukkan perbualan mesej di antara Mira dan View Chin yang kelihatan sangat mesra di aplikasi WhatsApp yang dikongsikan oleh bekas isterinya, Ah Moi sebelum ini.

Sumber : K! Online via OhMyMedia



LihatTutupKomentar