-->

KKM nafi bayi berusia 19 bulan maut akibat strok haba, ibu mangsa minta orang ramai berhenti buat spekulasi



Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan laporan berita yang mengatakan seorang kanak-kanak berusia 19 bulan meninggal dunia akibat strok haba. 


Sebaliknya, siasatan awal yang dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mendapati, mangsa meninggal dunia disebabkan severe dehydration with underlying sepsis.


(Severe dehydration with underlying sepsis bermaksud kekurangan cecair yang teruk yang disebabkan oleh sepsis, iaitu infeksi yang menyebabkan keradangan di seluruh tubuh. Ini boleh menjadi keadaan yang serius dan memerlukan rawatan segera.)


Sementara itu, ibu kepada Nur Imani Ahmad Faris Fazli, Yawaree Samoh, 25, meminta orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi mengenai kematian anaknya itu. 


"Saya tidak sangka dan rasa macam tidak percaya akan kehilangan Imani tetapi saya perlu reda dengan takdir Allah.


"Cuma saya minta supaya orang ramai hentikan sebarang spekulasi mengenai anak saya kerana ia memberi kesan kepada kami sekeluarga," katanya. 


Sumber: Bernama



LihatTutupKomentar