-->

Isteri maut dilanggar suami yang tak sengaja tertekan pedal minyak ketika mengundur



Malang tak berbau. Seorang wanita maut dilanggar oleh suaminya secara tidak sengaja ketika sedang mengundurkan kenderaan dalam kejadian di Taman Selasih, semalam. 


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 7 petang semalam yang membabitkan sebuah kereta jenis Proton Saga. 


Siasatan awal mendapati, mangsa yang terdahulu berada di dalam kereta, keluar untuk mengambil barang yang tertinggal di dalam rumahnya.


Dalam masa sama, suaminya berusia 60-an sedang mengundurkan kenderaan dan tertekan pedal minyak menyebabkan kereta itu terlanggar isterinya yang berada di tepi sebelah kiri. 


Lelaki itu turut melanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang diparkirkan di hadapan rumah. Akibat daripada kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 


Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensi Hospital Kulim untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 


Sumber: Harian Metro



LihatTutupKomentar