-->

Budak perempuan 7 tahun ditemui bersendirian di tepi jalan, dipercayai didera & dirogol



Dua lelaki lelaki dan seorang wanita ditahan polis kerana disyaki merogol dan mendera kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.


Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deput Superintendan Chong Boo Khim berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada orang awam yang menemui mangsa di tepi jalan sebelum dibawa ke balai pada jam 11.50 pagi semalam. 


Menurut Chong, mangsa ditemui dalam keadaan tidak terurus dan telah dibawa ke Hospital Manjung untuk mendapatkan rawatan. 


Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan kanak-kanak itu dipercayai telah dirogol dan didera. Malah, terdapat kesan kecederaan lama danbaru di badannya. 


Susulan itu, polis telah menahan dua lelaki dan seorang wanita yang dipercayai dalam kes itu di perkarangan balai polis pada jam 9.30 semalam. 


Ketiga-tiga suspek berusia 26 hingga 40 tahun itu mempunyai rekod jenayah lampau dan direman sehingga 23 April untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2021 dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



LihatTutupKomentar